Islamic Widget


gallery tabika

Thursday, December 23, 2010

MERRY CHRISTMAS

Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh ingin merakamkan ucapan Selamat menyambut Hari Krismas kepada semua rakyat Malaysia yang akan menyambut hari Krismas pada 25Dis 2010.


Saturday, December 18, 2010

BERITA HARIAN,18DISEMBER2010.


3,318 guru TABIKA ditamat kontrak......
Wahai rakan2 guru semua..bertenanglah...walaupun inilah perkabaran yang begitu merisaukan semua guru-guru Tabika Perpaduan seluruh negara termasuklah cgu Faz yg sedang berkhidmat di Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh.....adakah semua ini benar atau cume berita yang belum pasti yang dispekulasikan byk pihak???semua khabar ini akan terungkai pada 20Disember2010(Isnin) apabila semua guru2 guru dipanggil ke 1 sessi taklimat dan perjumpaan di Putrajaya...oleh itu,rakan2 guru semua..marilah kita semua memanjatkan doa agar semuanyer berlangsung dengan baik..dan status kita akan terbela...semua persoalan kita akan terjawab nanti..jadi sementara kita menunggu tarikh itu.jgn kita memikirkan yg bukan2,jgn kita mengandaikan yg mcm2...kita tenangkn hti dan fikiran kita...supaya kita dapat menerima semua nyer sebagai ktentuan dan segala permasalahan dapat kita selesaikan dengan cara yang betul dan baik..sesungguhnyer setiap keikhlasan kita pasti akan dibalas dengan kebaikan..insyaallah....kepada semua yg membaca blog ini..tolg doakan kami semua...

Thursday, December 9, 2010

KURSUS GURU PRASEKOLAH

29 nOV - 10 dIS 2010...kursus Guru-guru Prasekolah Kohot 2...di Brisdale Hotel,Cowkit Kuala Lumpur.seramai 80 guru-guru Tabika Perpaduan seluruh negeri telah menghadiri kursus tersebut untuk tahap ke-2..selama 2 minggu kami disini menghadiri kursus pendidikan prasekolah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia....terlalu banyak tugasan baru untuk guru-guru tabika perpaduan...dan diakhir kursus peperiksaan telah pun diadakan.markah peperiksaan adalah sebanyak 40 % dicampur kerja kumpulan dan kerja individu..menjadikan markah 100%.selamat berkursus cikgu Faz....





Monday, November 22, 2010

CUTI PERSEKOLAHAN


Cuti persekolahan tuk sessi 2010 telah pun bermula...alamat bercuti panjang ank2 murid semua dan aktiviti tabika terpaksa berhenti seketika...kepada semua pelajar2 tabika perpaduan Pekan Gemencheh yang akan meninggalkan tabika dan akan masuk ke alam persekolahan sebenar...selamat menempuh alam baru....moga kalian semua berjaya dimasa akan datang...2010 akn tetap menjadi kenangan paling indah wat cgu faz..kepada anak2 yang akan terus disini bersama cgu faz meniti alam persekolahan 2011...kita akan teruskan perjuangan yg belum selesai....
Kepada Dek Aina...wartawan Akhbar Sinar Harian Tampin...terima kasih banyak utk kerjasama yang amat baik dgn tabika....Jasamu mempromosi Tabika perpaduan Pekan Gemencheh Khasnya akan tetap kami kenang...cuma disaat terakhir lalu...kami TERLUPA sesuatu tuk Dek Aina..maafkan kfaz diatas sgalanya.......kami kehilangan adek Firdaus....dan kami masih beruntung kerana kami dianugerahkan adek Aina.....Ain Hamzah...

Inilah wartawan Akhbar Sinar Harian Tampin yang kami sayangi.....

Thursday, November 18, 2010

Penghargaan JPTP & jamuan Akhir tahun

Majlis Penghargaan JPTP,jamuan akhir tahun dan juga majlis sambutan hari lahir telah diadakan serentak.alhamdulillah smbutan begitu baik sekali..ramai kanak-kanak & ibu bapa yang hadir.JPTP juga turut dirai.dalam mjlis yang sama juga kedua2 cgu juga dirai...terharu.bagi pihak tabika..hanya ucapan terima kasih dan penghargaan serta ungkapan kemafan yang mpu dipohon pada semua Ajk.ibubapa dan ank2....terlalu byk kenangan 2010 yang harus ditglkan...dan dikekalkan.....bagi meniti perjalanan dan onak 2011 yang bakal tiba....







Tabikarama,Rekacipta & Konvokesyen Tbk Perpaduan Daerah Tampin

Tbk Perpaduan Pekan Gemencheh adalah salah sebuah tabika dari 11 buah tbk di Daerah Tampin yg menyertai pertandingan Tabikarama ,Rekacipta & Konvokesyen Tabika Perpaduan Daerah Tampin 2010...Tahniah diatas kejayaan Tbk Pekan Gemencheh yang telah berjaya mendapat Johan Rekacipta dan N.Johan Tabikarama....sekaligus berjaya melaksanakan majlis tersebut dengan baik...terima kasih kepada semua Ajk JPTP Pekan Gemencheh diatas kerjasama yang sangat baik...cgu Faz tumpang gembira atas kejayaan tersebut.....









Monday, November 15, 2010

Seronoknyer berendam di Wonderland......!!!!


Bukan sahaja anak2 seronok dapat berendam dan mandi-manda di wonderland resort,Air keroh melaka tetapi semua pegawai pengiring termasuk cgu juga tidak melepaskan peluang untuk sama2 berendam...susah hendak diminta naik untuk pulang..tidak terasa panas terik,tidak terasa lapar dan dahaga ketika asyik berendam....sehingga hitam dan lebam muka semua yang berendam.dapat pula bertemu dengan maskot...alangkah seronoknyer......kita pasti akan sampai lagi ditahun hadapan.....




Wednesday, November 3, 2010

HAPPY DEEPAVALI

Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua pelajar2 dan keluarga Tabika yang menyambut perayaan ini..tidak lupa kepada seluruh rakyat malaysia yang beragama hindu yang akan menyambut perayaan ini..semoga bergembira hendaknya...

Friday, October 22, 2010

Demontrasi Kebakaran bersama Bomba

Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh telah mengadakan Demontrasi kebakaran dengan kerjasama pasukan Bomba dan Penyelamat Gemas..kami diajar cara2 menyelamatkan diri seandainyer berlaku kebakaran..sempat juga merakankan kenangan bersama warga Bomba.terima kasih pada mereka semua...


ckgu pun x ketinggalan untuk mencuba...

sedikit cenderamata dari tabika untuk pegawai2 Bomba.....



Saturday, October 16, 2010

TAKZIAH UNTUK ROHIZAM.....

Sebaik mendapat berita pemergian ibu rohizam(tim.pengerusi JPTP)ke rahmatullah,semua rakan2 terus dimaklumkan..dan ramai rakan2 berkesempatan hadir menziarah..Innalilllahhiwainalillahhirojiun...semoga zam bersabar dan semoga roh ibu beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan soleh..takziah buat zam sekeluarga.
Jenazah dibawa untuk di kafankan...amin



Jenazah sedang dimandikan,,,,

Thursday, October 14, 2010

Rumah terbuka Cik Piza (Ai)...

Kak Piza (Ai) adalah Naib setiausaha JPTP Pekan Gemencheh...beliau merupakan seorang jawatankuasa yang terlalu banyak membantu tabika dalam ape juga aktiviti...beliau telah mengadakan majlis rumah terbuka pada hari terakhir syawal...ramai sungguh tetamu yg hadir..terimakasih pada semua yang berkesempatan hadir..tahniah kepada kak piza yang telah berjaya mengadakan rumah terbuka..terima kasih juga kerana menjemput kami semua...





kak Aina Sinar n cgu yana pon ade......

Wednesday, October 13, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Perpaduan 2010

KRT Pekan Gemencheh lama bersama JPTP Pekan Gemencheh telah mengadakan Rumah terbuka aidilfitri perpaduan 2010 sempena aidilfitri tahun ini.syukurlah..sambutan begitu menggalakkan dan rata-rata smua jemputan memenuhi undangan kami walaupun disebelah ptg hujan lebat..dalm lecak dan kesejukan smua jemputan hadir..rasa gembira sgt biler tgk ramai yg dtg...makanan pon alhamdulillah...secukupnyer...terima kasih kepada semua yg berkesempatan hadir..terima kasih juga kepada semua Pengerusi & ajk KRT dan pengerusi & ajk JPTP,ibubapa dan kanak2 serta rakan2 yg begitu banyak membantu menjayakan pgram ini..kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.salam aidilfitri.




Doc n staf klinik Pergigian Gemencheh adalah pelanggan Perpaduan yg cukup sporting..


Ck Syuk,PPPT dan pengerusi KRT Btg melaka..tq uncle.




Ck Syuk pon sempat datang....

ramai Pengerusi KRT dan ajk kawasan Gemencheh sempat hadir..tq.