Islamic Widget


gallery tabika

Friday, June 18, 2010

Kursus Guru Prasekolah

Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pelajaran telah menganjurkan kursus 6minggu untuk semua guru Prasekolah.Justeru itu dengan kerjasama JPNIN malaysia,Guru-guru tabika Perpaduan Seluruh malaysia juga telah terlibat.Untuk sessi pertama ini yang bermula dari 13 Jun - 18 jun,bertempat di Regency Hotel,tanjung Tuan,Port Dickson seramai 100 org guru telah terpilih dari semenanjung malaysia..termasuk la cikgu Faz....maka..selama seminggu ckgu faz berkampung di Regency Hotel...bnyk ilmu dan pengalaman yang dapat dibawa pulang...insyallah kursus ini akan disambung pada cuti bulan November nanti..5 minggu lagi akan dihabiskan.


Friday, June 11, 2010

Cuti Oh Cuti......

Dah seminggu cuti persekolahan berlalu...masih tinggal lagi seminggu untuk anak-anak murid menghabiskan cuti .....kepada semua yang bergelar pelajar...penuhi cuti panjang ini dengan pengisian yang berfaedah...ulangkaji pelajaran.untuk cikgu-cikgu plak...cuti nie bukan cuti untuk berehat kerana banyak urusan2 yang perlu diselesaikan..Cikgu Faz pula tak kurang sibuknyer ...mulanyer terpaksa terlibat dengan Kem Padu Anak malysia peringkat N9 di Hutan Lipur Ulu Bendul....tetapi terpaksa menarik diri kerana menghadiri kursus yang lebih penting,Kursus pendidikan prasekolah selama seminggu di Regency Hotel,P.Dickson.bermula esok hingga 18 jun 2010.selesai menjadi mcee program minggu perpaduan di Seremban ckgu faz terpaksa bergerak keP.D...semoga byk ilmu yang akan diperolehi nanti.....

Friday, June 4, 2010

DAULAT TUANKU

SELAMAT HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG


SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud
Al-Muktafi Billah Shah

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
Tuanku Nur Zahirah

Thursday, June 3, 2010

Cuti Persekolahan


04.06.2010(jumaat)merupakan hari terakhir persekolahan untuk semester pertama...bermula lah cuti penggal persekolahan selama 2 minggu..pastinya kanak-kanak tabika perpaduan Pekan Gemencheh ini juga akan sama-sama bercuti dan yg pasti guru-guru nya tidak akan membiarkan tabika ini sepi dari dilawati.....2minggu..cikgu pasti rindukan anak-anak muridnya..kepada anak-anak murid Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh...selamat bercuti...jika bercuti bersama keluarga berhati-hati...jaga diri...ingat cikgu2.......




SELAMAT ULANGTAHUN YB

TANGGAL 01.06.1963.....Merupakan tarikh kelahiran YB Dato Mohd Kamil.ADUN Kawasan Gemencheh...kami warga JPTP Pekan Gemencheh & KRT Pekan Gemencheh lama ingin mengambil kesempatan merakamkan ucapan selamat Ulangtahun YB Dato...semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan sebagai seorang pemimpin...

Sunday, May 30, 2010

pertandingan mewarna

Pertandingan mewarna kanak2 tabika sempena karnival universel di Dataran MIni Kg Tengah,Gemencheh.Mjlis telah disempurnakan oleh..YB Dato Hjh Zainab Nasir,EXCO Kerajaan Negeri merangkap ADUN Kawasan Gemas.syukurlah..Tbk Perpaduan Pekan Gemencheh membawa pulan Hadiah tempat pertama dan ketiga...tahniah kpd ank2 murid yg berjaya mambawa pulang hadiah berupa brg2 kebersihan diri spt syampoo dll.







senyum cik piza ngk ank murid mewarna..tk tlog ckgu faz...

Sunday, May 23, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Terima kasih kepada Pengerusi,ajk JPTP dan anak2 tabika perpaduan pekan Gemencheh sessi 2010 yang telah mengadakan sambutan hari Guru khas untuk ckgu faz dan ckgu kam..kami tidak menyangka sebegini hebat sambutan yang dirancang..bukan balasan yang kami harapan untuk setiap ilmu yang kami berikan..atas rasa terharu itu...ckgu mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf andainya selama kami mendidik...ada termarah,ada tercubit dan macam2 ter lagi....sesunguhnya kami menyayangi kalian semua...








Saturday, May 22, 2010

sukaneka Daerah

Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Tampin dapat dilaksanakan dengan jayanya..walaupun diawal pagi hujan lebat...berkat kesabaran kami menunggu lebih kurang setengah jam hujan mula reda...dalam keadaan padang yang dipenuhi air...kami akhirnya dapat menjayakan sukaneka tersebut.terima kasih kepada Pengerusi dan semua ajk JPTP yang sama2 membantu ckgu faz dan ckgu kam..syukur...menang jugak...4 acara menang tempat pertama dan ketiga dan 4 acara lagi tempat saguhati...yang penting bukan kemenangan tu..tapi semangat kesukanan anak dan semangat kerjasama semua ajk serta ibubapa...sporting sangat..terima kasih....tq....ruma nandree...shei shei....