Islamic Widget


gallery tabika

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh mengucapkan selamat Menyambut Tahun Baru 2011.Moga 2011 memberi semangat dan azam baru buat semua untuk berusaha dengan lebih gigih lagi...03.01.2011(Isnin)akan bermula sessi persekolahan baru.Moga 2011 ini akan memberi nafas baru buat Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh untuk lebih Cemerlang..Gemilang & Terbilang.....cgu Faz & cgu Kam masih disini untuk mendidik dan menjaga anak didik semua...Selamat Datang Kepada Pelajar-Pelajar Lama & baru ke Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh......anak2 anda akan selamat dan ceria bersama kami..itu janji kami disini....

Thursday, December 23, 2010

MERRY CHRISTMAS

Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh ingin merakamkan ucapan Selamat menyambut Hari Krismas kepada semua rakyat Malaysia yang akan menyambut hari Krismas pada 25Dis 2010.


Saturday, December 18, 2010

BERITA HARIAN,18DISEMBER2010.


3,318 guru TABIKA ditamat kontrak......
Wahai rakan2 guru semua..bertenanglah...walaupun inilah perkabaran yang begitu merisaukan semua guru-guru Tabika Perpaduan seluruh negara termasuklah cgu Faz yg sedang berkhidmat di Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh.....adakah semua ini benar atau cume berita yang belum pasti yang dispekulasikan byk pihak???semua khabar ini akan terungkai pada 20Disember2010(Isnin) apabila semua guru2 guru dipanggil ke 1 sessi taklimat dan perjumpaan di Putrajaya...oleh itu,rakan2 guru semua..marilah kita semua memanjatkan doa agar semuanyer berlangsung dengan baik..dan status kita akan terbela...semua persoalan kita akan terjawab nanti..jadi sementara kita menunggu tarikh itu.jgn kita memikirkan yg bukan2,jgn kita mengandaikan yg mcm2...kita tenangkn hti dan fikiran kita...supaya kita dapat menerima semua nyer sebagai ktentuan dan segala permasalahan dapat kita selesaikan dengan cara yang betul dan baik..sesungguhnyer setiap keikhlasan kita pasti akan dibalas dengan kebaikan..insyaallah....kepada semua yg membaca blog ini..tolg doakan kami semua...

Thursday, December 9, 2010

KURSUS GURU PRASEKOLAH

29 nOV - 10 dIS 2010...kursus Guru-guru Prasekolah Kohot 2...di Brisdale Hotel,Cowkit Kuala Lumpur.seramai 80 guru-guru Tabika Perpaduan seluruh negeri telah menghadiri kursus tersebut untuk tahap ke-2..selama 2 minggu kami disini menghadiri kursus pendidikan prasekolah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia....terlalu banyak tugasan baru untuk guru-guru tabika perpaduan...dan diakhir kursus peperiksaan telah pun diadakan.markah peperiksaan adalah sebanyak 40 % dicampur kerja kumpulan dan kerja individu..menjadikan markah 100%.selamat berkursus cikgu Faz....





Monday, November 22, 2010

CUTI PERSEKOLAHAN


Cuti persekolahan tuk sessi 2010 telah pun bermula...alamat bercuti panjang ank2 murid semua dan aktiviti tabika terpaksa berhenti seketika...kepada semua pelajar2 tabika perpaduan Pekan Gemencheh yang akan meninggalkan tabika dan akan masuk ke alam persekolahan sebenar...selamat menempuh alam baru....moga kalian semua berjaya dimasa akan datang...2010 akn tetap menjadi kenangan paling indah wat cgu faz..kepada anak2 yang akan terus disini bersama cgu faz meniti alam persekolahan 2011...kita akan teruskan perjuangan yg belum selesai....
Kepada Dek Aina...wartawan Akhbar Sinar Harian Tampin...terima kasih banyak utk kerjasama yang amat baik dgn tabika....Jasamu mempromosi Tabika perpaduan Pekan Gemencheh Khasnya akan tetap kami kenang...cuma disaat terakhir lalu...kami TERLUPA sesuatu tuk Dek Aina..maafkan kfaz diatas sgalanya.......kami kehilangan adek Firdaus....dan kami masih beruntung kerana kami dianugerahkan adek Aina.....Ain Hamzah...

Inilah wartawan Akhbar Sinar Harian Tampin yang kami sayangi.....

Thursday, November 18, 2010

Penghargaan JPTP & jamuan Akhir tahun

Majlis Penghargaan JPTP,jamuan akhir tahun dan juga majlis sambutan hari lahir telah diadakan serentak.alhamdulillah smbutan begitu baik sekali..ramai kanak-kanak & ibu bapa yang hadir.JPTP juga turut dirai.dalam mjlis yang sama juga kedua2 cgu juga dirai...terharu.bagi pihak tabika..hanya ucapan terima kasih dan penghargaan serta ungkapan kemafan yang mpu dipohon pada semua Ajk.ibubapa dan ank2....terlalu byk kenangan 2010 yang harus ditglkan...dan dikekalkan.....bagi meniti perjalanan dan onak 2011 yang bakal tiba....







Tabikarama,Rekacipta & Konvokesyen Tbk Perpaduan Daerah Tampin

Tbk Perpaduan Pekan Gemencheh adalah salah sebuah tabika dari 11 buah tbk di Daerah Tampin yg menyertai pertandingan Tabikarama ,Rekacipta & Konvokesyen Tabika Perpaduan Daerah Tampin 2010...Tahniah diatas kejayaan Tbk Pekan Gemencheh yang telah berjaya mendapat Johan Rekacipta dan N.Johan Tabikarama....sekaligus berjaya melaksanakan majlis tersebut dengan baik...terima kasih kepada semua Ajk JPTP Pekan Gemencheh diatas kerjasama yang sangat baik...cgu Faz tumpang gembira atas kejayaan tersebut.....









Monday, November 15, 2010

Seronoknyer berendam di Wonderland......!!!!


Bukan sahaja anak2 seronok dapat berendam dan mandi-manda di wonderland resort,Air keroh melaka tetapi semua pegawai pengiring termasuk cgu juga tidak melepaskan peluang untuk sama2 berendam...susah hendak diminta naik untuk pulang..tidak terasa panas terik,tidak terasa lapar dan dahaga ketika asyik berendam....sehingga hitam dan lebam muka semua yang berendam.dapat pula bertemu dengan maskot...alangkah seronoknyer......kita pasti akan sampai lagi ditahun hadapan.....