Islamic Widget


gallery tabika

Thursday, October 6, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri 2011


Selamat Hari Raya Aidilfitri...rumah terbuka aidilfitri tbk perpaduan Pekan Gemencheh telah dapat dilaksanakan dipenutup syawal..rumah terbuka kami turut dihadiri oleh YB Dato Mohd Kamil ADUN Gemencheh...terima kasih YB Dato diatas kesudian hadir...tk juga pada semua jawatankuasa yg membantu pgrm...tk pada semua yang sempat hadir......





Wednesday, August 24, 2011

Majlis Berbuka Puasa&Penyampaian Sumbangan

JPTP Pekan Gemencheh telah selesai mengadakan majlis Berbuka puasa dan penyampaian sumbangan bagi tahun 2011.alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya.ramai ibu bapa dan rakan2 yg berkesempatan hadir.terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.terima kasih juga diatas segala juadah yg dibawa...







Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Seluruh warga Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh bagi sessi 2011 mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan yang mulia.selamat menjalankan ibadah puasa kepada seluruh umat islam...semoga kita semua mendapat rahmat dan nikmat dibulan yang mulia ini....


Thursday, July 28, 2011

Program Pra-Merdeka 2011

JPTP Pekan Gemencheh telah melaksanakan progrm sambutan bulan kemerdekaan....Pra-Merdeka dapat disempurnakan dengan jayanya hasil kerjasama semua barisan Ajk JPTP dan juga ibubapa.berbagai pengisian program antaranya:pertandingan ikrar rukunegara untuk kanak2,perarakan merdeka,mewarna jalur gemilang gergasi dan juga hiasan jalur gemilang merdeka...tahniah kepada kanak-kanak yang menang pertandingan..terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan program ini.








Monday, July 25, 2011

Lawatan dan Rawatan KKIK Gemencheh

KKIK Gemencheh telah mengadakan lawatan dan sessi rawatan tuk kanak-kanak tbk pekan gemencheh...taklimat kebersihan diri telah pun disampaikan oleh MISI...dan rawatan dan checkup telah dijalankan..terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan....








Monday, July 4, 2011

Besdy Shaminiy...

Hepy besdy to syaminiy...terima kasih wat family syaminiy yang sudi hantar kek n jajan tuk kawan2 syaminiy....




Saturday, July 2, 2011

Kem Mini Perpaduan 2011

Kem Mini Perpaduan 2011 Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh telah mengumpulkan seramai 80 peserta kem terdiri dari kanak-kanak tabika dan juga bekas pelajar tabika Perpaduan pekan gemencheh.sempena ulangtahun ke-10 kem mini Perpaduan tahun ini...majlis telah disempurnakan oleh YB Dato Hj Mohammad Razi bin Hj kail,EXCO Kerajaan Negeri N9..dan telah disempurnakan penutup oleh En Samsudin bin Adam,S/U Sulit YB Dato Shaziman bin Abu mansor,menteri kerjaraya Malaysia..Alhamdulillah berkat semua barisan jawatankuasa majlis berlangsung dengan baik...terima kasih yg tdk terhingga kepada semua yang telah terlibat secara langsung menjayakan program dua hari satu malam ini...terima kasih juga kepada semua penyumbang-penyumbang yang telah menyumbang tenaga,masa dan wang ringgit hanya untuk kejayaan Kem ini..Terima kasih kepada:YB Dato Hj Mohd Razi bin Hj Kail,En Samsuddin bin Adam,En Abd Halim bin Hassan,pengarah JPNIN.NS,Pn naizarina,En Samsul Kahar,En Syukri.En Vicky,Rakan2 Guru & Pen.Guru,Pengerusi dan Ajk KRT dan JPTP,Bomba & Penyelamat Gemas,Klinik Pergigian Gemencheh,Balai Polis Gemencheh,Klinik Kesihatan Tampin/Gemencheh,Ayie & Pasukan Silat Kg Btg Rokan,Pengerusi & Ajk Kem Mini 2011.












Saturday, June 11, 2011

Sessi Persekolahan bermula

bangun...tidur...Pejam celik..kenduri kahwin...makan dan jemputan...dah pun selesai cuti persekolahan 2minggu..13.06.2011..bermula lah sessi persekolahan..bertemu semula dengan anak2 didik tabika perpaduan Pekan Gemencheh..ntah ape pula ragam mereka kali ini..yang pasti tangisan akan kedengaran di awal pagi...maklumkan sudah 2minggu tidak bangun awal..2minggu seronok bermain dirumah..namun itulah realitinya..hendak atau tidak..mahu atau tidak ianya harus dan pasti ditempuhi..bermula la kembali tugas sbg pendidik...dan bermula la tugas2 luaran seperti progrm2 yang bakl menyusul...antara yang terdekat Program Kem Mini Perpaduan 28 & 29 Jun nanti yang akan disempurnakan oleh YB EXCO perpaduan N9..akan kurempuh segala permasalahan yang timbul...akan kujuangkan demi tabika perpaduan pekan Gemencheh..biar bayk rintangan dan dugaan akan ku hadapi bersama barisan ajk JPTP Pekan Gemencheh...Yang pasti Kem Mini Perpaduan yang ke-10 ini akan berjalan dengan lancar...insyaallah...

Monday, June 6, 2011

Pertandingan Mewarna sempena Lawatan MBNS

Pertandingan mearna untuk kanak2 tabika Perpaduan dan tabika Kemas sempena Lawatan kerja YAB Dato Seri Utama Menteri Besr N9 ke Zon Gedok,Gemencheh.kanak2 Tbk Pekan Gemencheh juga terlibat sementara cgu faz terlibat sama sebagai Mcee program tersebut...tahniah dan syabas kepada kedua2 kampung yang terlibat..Terima kasih kepada YAB Dato Seri utama diatas kesudian hadir ke Gemencheh....